Felda Ulu Jempol mempunyai beberapa kawasan pelancongan berdekatan yang menarik dan boleh dilawati seperti Hutan Lipur Air Terjun Lubuk Yu, Lubuk Ujed dan Sungai Yeh. Kawasan pelancongan ini sering menjadi lokasi bagi penduduk setempat dan luar untuk beriadah pada hujung minggu. Air sungai yang sejuk dan suasana yang tenang boleh didapati di hutan lipur ini.
Hutan Lipur Air Terjun Lubuk Yu
Menurut ensiklopedia bebas Wikipedia, air terjun Lubuk Yu terletak berdekatan dengan Felda Ulu Jempol di daerah Maran, Pahang. Ia berdekatan dengan tanah rancangan Felda Wilayah Jengka dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Khazanah Alam dan Hutan Lipur Teladas, Maran. Nama air terjun ini mengambil sempena nama kesan air terjun yang berbentuk huruf āUā. Pengunjung terpaksa melalui kawasan kebun getah sejauh dua kilometer dari jalan utama. Walaubagaimanapun, jalan masuk ke hutan lipur yang menarik ini telah dinaiktaraf untuk kemudahan pelawat. Pengunjung boleh datang dari Jalan Maran-Jerantut atau Jalan Bandar Jengka-Felda Ulu Jempol untuk ke Hutan Lipur Air Terjun Lubuk Yu ini.
Lubuk Yu sering dikunjungi oleh penduduk setempat dan pengunjung luar
Sumber: http://www.pancing.net/index.php?topic=27039.0
Lubuk Ujid
Lubuk Ujid ialah satu lagi kawasan pelancongan yang cantik dan menarik yang terletak berhampiran dengan Felda Ulu Jempol. Lubuk ini menjadi pilihan penduduk setempat untuk beriadah pada hujung minggu. Ianya terletak di Jalan Maran-Jerantut berdekatan Kuala Sentul. Ianya sesuai untuk dilakukan aktiviti bersama keluarga dan juga sesuai dikunjungi oleh kanak-kanak.
Lubuk Ujid yang sesuai untuk golongan kanak-kanak
Sumber: http://jomceria.blogspot.com/2011/10/trip-lubuk-ujik.html
Sungai Yeh
Sungai Yeh terletak bersebelahan dengan Lubuk Ujed yang menjadi daya tarikan kepada kanak-kanak kerana mempunyai batuan yang banyak. Kemudahan yang telah disediakan meliputi jalan, pondok, bangku, tandas awan, bilik persalinan, dan tangga konkrit yang memerlukan penyelenggaraan dan pembaikpulih.